5 Tips Hilangkan Dagu Berlapis

ditaip Zana Mn jam 6:50 PM

Wanita mana yg suka dagu berlapis kann. Kalau pakai tudung boleh la cuba sorok dagu, tapi kat rumah rahsia dagu berlapis akan terbongkar jua. Tak kan 24jam nak bertudung kott.

Tips Hilangkan Double Chin
5 Tips Hilangkan Dagu Berlapis

Badan berisi tapi kalau amalkan tips ni pun boleh runcingkan wajah tau. Yang kurus kalau tak pandai jaga pun, boleh muncul juga 'double chin' tu. So ladies, jom luangkan masa jap kak zana bagi ilmu penghapus dagu kedua itu Hahah

TIPS 1 : KRIM MENTEGA KOKO
Uolss boleh cari kat mana-mana farmasi krim ni. Caranya panaskan 2 sudu selama 30 saat dalam microwave. Lepas tu, sapu je kat tengkuk, leher dan sudut rahang. Biarkan 5 minit. Urut-urut ke arah atas untuk kesan berganda okay. Boleh amalkan tips ni 2 kali sehari sebelum mandi pagi dan sebelum tidur

TIPS 2 : SENAMAN KEPALA
Ok tips ni paling senang nak buat. Pastikan badan tegak. 5 putaran untuk 1 set. Amalkan 3 set senaman ini setiap hari, percayalah uolss akan ucapkan selamat tinggal pada dagu berlapis tidak lama lagi

TIPS 3 : KUNYAH GULA-GULA GETAH
Pilih yang tanpa gula, dan tipsnya uols kena kunyah dengan mulut terbuka. Bukan je masalah dagu berlapis settle, wajah akan lebih langsing, malah gigi akan bersih dan nafas lebih segar

TIPS 4 : KURANGKAN GULA
Punca lemak tersimpan kat pipi dan dagu ialah sebab tak kawal ambil makanan/minuman manis. Jadi, cuba kurangkan gula, banyakkan minum air kosong

TIPS 5 : SENAMAN DAGU
Dalam posisi duduk, tegakkan postur badan dan dongakkan kepala secara perlahan pandang ke atas. Sambil itu, lakukan gaya duck face selama 5 saat. Ulang 5 - 10 kali. Amalkan setiap hari ketika bangun dari tidur untuk efek lebih cepat

Semoga tips kat atas ni membantu Kiss





Dah habis baca ke? Jangan lupa tinggal komen ◕‿◕



3 komen:

Zana Mn on 9:40 PM said...

Testing :e

Adelia Zahrah on 12:20 PM said...

boleh lah cuba lepas niii :b

Zana Mn on 1:59 PM said...

@Adelia Zahrah Selamat mencuba :a

:a :b :c :d :e :f

Post a Comment

 

Copyright © 2017 Formula Pikat Suami | Hannah Marketing (002548446-P). All rights reserved | Sign in, Design