3 Punca Dagu Berlapis

ditaip Zana Mn jam 2:27 PM

Ouch sakitnya tuhh di sini bila belek-belek muka kat cermin, ada 'double chin'. Kalau miow macam dalam gambar tu comey la jugak, tapi kalau kita yang perempuan ni boleh hilang seri muka.

Sebab Dagu Berlapis

Sebelum ni kak zana dah share tips untuk hilangkan dagu berlapis 5 Tips Hilangkan Dagu Berlapis tu kann. Tapi uolss kena ambik tau jugak apa punca terjadinya peristiwa dagu berlapis sebab penting tau. Kang buat penat je amalkan tips bagai tapi sejarah berulang

PUNCA : MASALAH BERAT BADAN
Kalau berat kita kategori 'overweight' atau 'obes' memang normal dagu berlapis. Tapi ada jugak yang terjadi lepas dah berjaya turunkan berat badan sebab kulit kat bawah dagu tu akan gelebeh. Ni berkait jugak bila terlalu laju turun berat badan. So, yang terbaik turunkan berat badan secara selamat dan tak drastik okay

PUNCA : PENAMBAHAN USIA
Semakin bertambah usia, metabolisme kita akan semakin rendah. Kalau tak reti nak jaga makan, lebih mudah jadi gemuk. Lemak yang terlebih tu akan berkumpul kat bawah dagu & rahang sebab kulit dah tak elastik tambah lagi kesan graviti. So, masa muda ni la dah kena jaga makan supaya masalah dagu berlapis susah nak timbul dan dalam masa sama boleh elak penyakit

PUNCA : POSTUR BADAN
Postur badan yang buruk ketika duduk. Tambah pulak zaman sekarang ni semua pakai smart phone so sambil main IG posisi kepala kita asyik menunduk je kan. Dagu yang takde lemak pon boleh terlipat jawabnya. hihi. Sepatutnya kita perlu rehatkan diri sekurang-kurangnya setiap sejam sekali. Waktu tidur pulak elakkan tidur dengan keadaan terlentang dengan 1 bantal di tengkok. Sebaiknya tak perlu pakai bantal terus atau guna 2 bantal & alas belakang badan sekali. Wahh macam best je tidur banyak bantal, rasa tak sabar pulak nak tidur malam ni kan

Semoga tips kat atas ni membantu. Laju-laju save info bermanfaat ni Kiss





Dah habis baca ke? Jangan lupa tinggal komen ◕‿◕



0 komen:

:a :b :c :d :e :f

Post a Comment

 

Copyright © 2017 Formula Pikat Suami | Hannah Marketing (002548446-P). All rights reserved | Sign in, Design