Koleksi Kata-kata Hikmah dan Motivasi #ByZanaMn


"Bersyukurlah dengan apa yang diperolehi pagi ini
Nescaya diri akan rasa cukup dengan rezeki dipetang hari"


"Kalau tak mampu berlari, BERJALAN
Kalau tak mampu berjalan, MERANGKAK
Yang penting sentiasa bergerak ke hadapan"


"Jika kita mampu bersyukur dengan apa yang kita ada
Kita takkan risau dengan apa yang bukan milik kita"


"Jagalah akhlak supaya tidak menyakiti orang lain dengan kata-kata
yang diucap, ditaip dan perbuatan kita"


"Mungkin hari ini kita masih belum berjaya namun kejayaan itu
semakin dekat buat anda yang tidak berputus asa
Teruskan usaha"


"Jangan kita hanya inginkan umur yang panjang
namun amalan kita tidak bertambah"


"Hidup ini terlalu banyak pilihan
Usah memilih yang kelihatan terbaik, namun pilihlah yang mampu membuatmu rasa bahagia"


"Berani itu bukannya tidak rasa takut,
tapi beranikan diri untuk bertindak walaupun rasa takut"


"Jangan menunda sebuah pekerjaan,
Lebih baik menyesali apa yang telah dikerjakan
daripada menyesali apa yang tak pernah dikerjakan"


"Belajar dari kesalahan membuatmu dewasa
Belajar dari pengalaman orang lain membuatkanmu bijaksana"


"Sesungguhnya malam dan siang sentiasa bekerja untuk kamu,
Maka bekerjalah untuk kedua-duanya"
(Umar bin Abdul Aziz)


"Disebalik setiap kesedihan, terdapat kebahagiaan.
Serahkan segala urusan kepada Allah.
Biarkan waktu dan kehidupan terus berjalan"


"Kita sendiri tahu kita ada kekurangan
Tugas kita bukan menilai kekurangan orang lain tapi
sentiasa perbaiki kekurangan diri sendiri"