Bertemu Bryan Gan, Pakar Pemasaran Facebook

ditaip Zana Mn jam 2:18 PM 6 komen

Assalamualaikum, hi ladies. Kisah ni dah lama sebenarnya, kisah tahun lepas. haha. Tapi baru ada kesempatan nak cerita. Saya pernah mention kat blog ni sebelum ni saya salah seorang top dealer SCARF Perfume kan? Hihi, ni buka perasan tau, tapi Bryan sendiri yang cakap. Teheee.. Senyum sampai tengkuk. Alhamdulillah, syukur sangat². Tapi, tak sempat nak tunjuk bukti. Ni nak tunjuk bukti la ni ;D

Sebenarnya, saya sendiripun tak tahu saya salah seorang top dealer. Sebab tak de carta apa²pun untuk rujukan. Cuma masa tu saya memang agak kerap restok perfume la. Boleh kata tiap² minggu mesti order. SCARF Perfume memang hot tau. Lagipun, awal² semua tak pernah dengar, semua tak pernah cuba. SCARF Perfume? Apa tu? Hihi.

SCARF Perfume, Premium Pack, Bryan Gan, Fragrance by Mood
SCARF Perfume Premium Pack RM167

Seronok sebenarnya bila jual sesuatu yang kita sendiri minat tau. Perasaan dia lain berbanding jual barang yang kita tak delah suka sangat, biasa je. Kira bukan pengguna tegar la. Haa, macam tu.. Kalau jual barang yang tak pernah guna lagi lahh. Nanti customer tanya pun tergagap² nak jawab. So, make sure kalau korang rasa nak bisnes ke, kena lah test barang yang korang nak jual tu sendiri dulu. Bagi fall in love sikit dengan produk yg korang jual tu. Macam saya, sekarang hari² mesti nak guna SCARF Perfume. Tak ragu² nak bawa solat pun sebab memang tak de alkohol. Bau pun kena dengan jiwa :)

Rekod Belian Saya untuk SCARF Perfume

Ok, berbalik kepada kisah asal, haha. Suke melalut tau perempuan ni. Act, hari tu tengah stress sebab paip kat rumah pecah. Ribu riban la jugak kena keluar duit sebab paip dia hancur teruk. So, memang kena betulkan semua, full set. Tuan rumah tu duk kat Seremban, so dia minta dahulukan duit dulu, next sewa tak yah bayar. Kira macam tu lah. Memang rabak la poket masa tu. Nasib baik ada simpanan. So, rumah tak de air la dari pagi sampai petang kena off sebab tukang paip datang nak betulkan. Tiba² Bryan PM kat facebook. Suke hati je panggil Bryan, orang lain semua panggil Mr. Bryan, Sir Bryan. Haha. Dah terbiasa hokeyy, sebab dulu keje kat company tu semua pun pakai panggil nama je. Bryan pun stail cakap dengan dealer macam dengan member2 je. Maka i pun, chewahh ;D

Ok ok, jom tengok perbualan yang siap di print screen, di frame nih :'D


Haha, siap highlight² tuu :p
Adalah ayat² yang tak berapa sesuai ditunjukkan di sini saya crop.
Ya Allah, best sangat perasaan masa ni. Di saat hadapi masalah Allah bagi nikmat lain :')
Masa tukang paip tu betulkan paip, saya duduk dalam bilik je. Malas nak pakai tudung bagai, so, hubby je duduk kat luar tunggu diorang buat kerja. Rasa macam nak gi lari kat biey bitau pasal ni.. kikiki

So, pada tarikh yang dijanjikan, saya pun pergilah jumpa Bryan ditemani biey dan dua kanak². Haha. Sebenarnya Bryan nak cerita pasal plan baru untuk dealer. Masa tu masih dalam peringkat perbincangan je lah. Dia nak tau sama ada dealer² ni setuju tak dengan plan tu. See, best kan big bos dari utara turun KL semata-mata nak tanya pendapat kami² ni. Haisyh. Tak tau nak cakap apa.

Ok, masa tu benda ni rahsia lagi lah. Tapi sekarang dah pun dilaksanakan. Secara ringkasnya macam ni, untuk dealer yang aktif restok, setiap kali order barang, akan dapat point tertentu. Dan point tu bila dah cukup nanti boleh tukar dengan emas. Woahh, dengar emas je, berpinar jap bijik mata :p

Bonus SCARF Perfume, Bonus Emas, Emas, SCARF Perfume,

Bryan cakap, i dah agak u mesti suka. Haha. Sabor je lah. So, dikesempatan waktu tu juga, sempatla tanya² jugak tips bisnes semua kan. Dah pakar depan mata, tak kan lah tak nak tanya ape² kan. Hihi. Paling penting haruslah ambil gambar dengan beliau. Kihkih. 

Sian budak² dah ngantuk sangat, rambut pun dah gonjeng duk main gelongsor sementara mama dia sibuk dengar plan. Hihi. Ok, next entry pulak ye.

Terima kasih sudi baca :)







Dah habis baca ke? Jangan lupa tinggal komen ◕‿◕



 

Copyright © 2017 Formula Pikat Suami | Hannah Marketing (002548446-P). All rights reserved | Sign in, MP Design