Popular Post Style Baru

ditaip Zana Mn jam 10:44 PM 6 komen

Assalamualaikum,
Popular Post ni bagi saya antara widget penting yang wajib ada dalam blog.
Tidak terhad di ruang sidebar, di bawah entry post pun boleh letak.
Ikut kreativiti anda lahh. Blog masing-masing punya kan.
Kita boleh pilih jenis popular post ni berdasarkan entry yang memiliki jumlah tertinggi

- komen,
- like facebook, atau
- paparan halaman (page view)

Terpulang kepada anda,
tapi untuk sebab peribadi, saya paling suka popular post berdasarkan page view tertinggi.
Untuk kali ni, saya cuma nak share style widget Popular Post yang satu ni.
Sebenarnya suke sebab rasa macam matching je dengan widget komen terkini saya tu

Jom cuba buat sendiri.
Sebelum tu, jangan lupa add widget Popular Posts terlebih dahulu.
Sebabnya kod yang kita akan cari nanti kat bawah ni tak kan wujud kalau belum add widgetnya terlebih dahulu.
Faham ke faham?

Masuk ke Template - Edit Html.
Aktifkan kotak search (tekan keyboard : Ctrl + F)
Cari kod

]]></b:skin>

Copy & paste kod di bawah.
Masukkan di atas kod ]]></b:skin>

.PopularPosts li {margin-bottom:-10px}
.PopularPosts .item-thumbnail {float:left}
.popular-posts ul li img {width:60px;height:60px;padding:2px;-moz-border-radius:60px;-webkit-border-radius:60px;border-radius:60px;-webkit-transition:all 0.3s ease;-moz-transition:all 0.3s ease;
transition:all 0.3s ease;border:2px solid #fff;}
.popular-posts ul li img:hover {border:2px solid #fff;-moz-transform:scale(1.2) rotate(-360deg);-webkit-transform:scale(1.2) rotate(-360deg);-o-transform:scale(1.2) rotate(-360deg);
-ms-transform:scale(1) rotate(-360deg);transform:scale(1.2) rotate(-360deg);}
.popular-post-isi {position:relative;background-color:#f7f7f7;padding:5px;min-height:60px;border:1px solid #fff;-moz-border-radius:5px;-webkit-border-radius:5px;border-radius:5px;
margin-left:75px;margin-bottom:5px;}
.popular-post-isi:before {content:"";width:0;height:0;position:absolute;right:100%;top:19px;border-width:10px;border-style:solid;border-color:transparent #f7f7f7 transparent transparent;}
.item-title {font-size:12px;line-height:1.1em;}
.item-snippet {color:#606060;font-size:11px;line-height:1em;}

Seterusnya, cari kod di bawah ni, DELETE semua

<b:if cond='data:post.thumbnail'>

</b:if>

<data:post.title/>

<data:post.snippet/>

ganti dengan kod tadi dengan kod baru di bawah ni

<b:if cond='data:post.thumbnail'>

<b:else/>

</b:if>

<data:post.title/>

<data:post.snippet/>

Klik SAVE, SIAP !
Senangnya, memangla senang sebab ni kod saya dah siap2 edit punya. Bhahah.
Kalau nak tukar2 color, boleh adjust kod color yang saya dah highlight kat tu ye. Sekian.
Selamat mencuba.
Kalau dah berjaya kongsi la dengan saya.
Terima kasih.

Dah habis baca ke? Jangan lupa tinggal komen ◕‿◕

Upload Gambar Di Instagram Tanpa Smartphone

ditaip Zana Mn jam 1:08 AM 6 komen

Assalamualaikum, saya ada update status di facebook tentang apps yang saya guna untuk upload gambar di instagram tanpa menggunakan smartphone. Ya, gambar latest di instagram saya @byzanamn saya upload guna desktop je. Apps yang saya
maksudkan ialah Gramblr.

Gramblr sangat membantu untuk
peniaga online yang aktif berniaga di Instagram.
Contoh jual tudung ada 20 design nak kena upload.
Belum kira gambar testimoni lagi.
So, bagi sesiapa yang nak kerja mudah macam saya,
sila ikut langkah di bawah.

Install dulu

1. Klik Gramblr

2. Lepas dah download, akan dapat file WinRAR ZIP macam ni.
Anda memerlukan WinZip untuk membuka fail tersebut.
Sekiranya tiada WinZip sila layari laman web
http://www.winzip.com/
untuk mendapatkannya.

3. Right klik mouse, extract file dulu

4. Hasil extract akan dapat Gramblr Apps seperti ini,
double klik mouse

5. Klik run

6. Shortcut icon Gramblr seperti ini akan terhasil.
Siap!

Cara Menggunakan Gramblr

Klik icon Gramblr.

1. Satu pop-up akan muncul,
masukkan username & password untuk Sign In ke Instagram anda

2. Klik Choose File dan cari gambar yang nak upload ke Instagram.

Gambar kena siap2 edit jika nak masukkan tulisan/no telefon etc.
Saiz Gambar perlu sama tinggi & lebar- Maximum 650px

Boleh ke http://webresizer.com/ untuk crop gambar
Hanya gambar dalam format JPG, JPEG sahaja dibenarkan.
Klik Upload.

3. Masukkan caption.
Saya copy paste je ayat-ayat semua termasuk hashtag.
Save Caption.

4. Siap!

5. Boleh cek instagram di smartphone untuk lihat gambar yang dah berjaya upload.
*Saya biasa cek guna Pixsta je

Cek Via smartphone

Cek Via Pixsta

Selamat Mencuba & Semoga Dilimpahi Rezeki

Dah habis baca ke? Jangan lupa tinggal komen ◕‿◕

Bertemu Bryan Gan, Pakar Pemasaran Facebook

ditaip Zana Mn jam 2:18 PM 6 komen

Assalamualaikum, hi ladies. Kisah ni dah lama sebenarnya, kisah tahun lepas. haha. Tapi baru ada kesempatan nak cerita. Saya pernah mention kat blog ni sebelum ni saya salah seorang top dealer SCARF Perfume kan? Hihi, ni buka perasan tau, tapi Bryan sendiri yang cakap. Teheee.. Senyum sampai tengkuk. Alhamdulillah, syukur sangat². Tapi, tak sempat nak tunjuk bukti. Ni nak tunjuk bukti la ni ;D

Sebenarnya, saya sendiripun tak tahu saya salah seorang top dealer. Sebab tak de carta apa²pun untuk rujukan. Cuma masa tu saya memang agak kerap restok perfume la. Boleh kata tiap² minggu mesti order. SCARF Perfume memang hot tau. Lagipun, awal² semua tak pernah dengar, semua tak pernah cuba. SCARF Perfume? Apa tu? Hihi.

SCARF Perfume, Premium Pack, Bryan Gan, Fragrance by Mood
SCARF Perfume Premium Pack RM167

Seronok sebenarnya bila jual sesuatu yang kita sendiri minat tau. Perasaan dia lain berbanding jual barang yang kita tak delah suka sangat, biasa je. Kira bukan pengguna tegar la. Haa, macam tu.. Kalau jual barang yang tak pernah guna lagi lahh. Nanti customer tanya pun tergagap² nak jawab. So, make sure kalau korang rasa nak bisnes ke, kena lah test barang yang korang nak jual tu sendiri dulu. Bagi fall in love sikit dengan produk yg korang jual tu. Macam saya, sekarang hari² mesti nak guna SCARF Perfume. Tak ragu² nak bawa solat pun sebab memang tak de alkohol. Bau pun kena dengan jiwa :)

Rekod Belian Saya untuk SCARF Perfume

Ok, berbalik kepada kisah asal, haha. Suke melalut tau perempuan ni. Act, hari tu tengah stress sebab paip kat rumah pecah. Ribu riban la jugak kena keluar duit sebab paip dia hancur teruk. So, memang kena betulkan semua, full set. Tuan rumah tu duk kat Seremban, so dia minta dahulukan duit dulu, next sewa tak yah bayar. Kira macam tu lah. Memang rabak la poket masa tu. Nasib baik ada simpanan. So, rumah tak de air la dari pagi sampai petang kena off sebab tukang paip datang nak betulkan. Tiba² Bryan PM kat facebook. Suke hati je panggil Bryan, orang lain semua panggil Mr. Bryan, Sir Bryan. Haha. Dah terbiasa hokeyy, sebab dulu keje kat company tu semua pun pakai panggil nama je. Bryan pun stail cakap dengan dealer macam dengan member2 je. Maka i pun, chewahh ;D

Ok ok, jom tengok perbualan yang siap di print screen, di frame nih :'D

Haha, siap highlight² tuu :p
Adalah ayat² yang tak berapa sesuai ditunjukkan di sini saya crop.
Ya Allah, best sangat perasaan masa ni. Di saat hadapi masalah Allah bagi nikmat lain :')
Masa tukang paip tu betulkan paip, saya duduk dalam bilik je. Malas nak pakai tudung bagai, so, hubby je duduk kat luar tunggu diorang buat kerja. Rasa macam nak gi lari kat biey bitau pasal ni.. kikiki

So, pada tarikh yang dijanjikan, saya pun pergilah jumpa Bryan ditemani biey dan dua kanak². Haha. Sebenarnya Bryan nak cerita pasal plan baru untuk dealer. Masa tu masih dalam peringkat perbincangan je lah. Dia nak tau sama ada dealer² ni setuju tak dengan plan tu. See, best kan big bos dari utara turun KL semata-mata nak tanya pendapat kami² ni. Haisyh. Tak tau nak cakap apa.

Ok, masa tu benda ni rahsia lagi lah. Tapi sekarang dah pun dilaksanakan. Secara ringkasnya macam ni, untuk dealer yang aktif restok, setiap kali order barang, akan dapat point tertentu. Dan point tu bila dah cukup nanti boleh tukar dengan emas. Woahh, dengar emas je, berpinar jap bijik mata :p

Bonus SCARF Perfume, Bonus Emas, Emas, SCARF Perfume,

Bryan cakap, i dah agak u mesti suka. Haha. Sabor je lah. So, dikesempatan waktu tu juga, sempatla tanya² jugak tips bisnes semua kan. Dah pakar depan mata, tak kan lah tak nak tanya ape² kan. Hihi. Paling penting haruslah ambil gambar dengan beliau. Kihkih.

Sian budak² dah ngantuk sangat, rambut pun dah gonjeng duk main gelongsor sementara mama dia sibuk dengar plan. Hihi. Ok, next entry pulak ye.

Terima kasih sudi baca :)

Dah habis baca ke? Jangan lupa tinggal komen ◕‿◕

Copyright © 2017 Formula Pikat Suami | Hannah Marketing (002548446-P). All rights reserved | Sign in, Design