Masalah cari kod Ctrl + F di bahagian Edit Template baru?

ditaip Zana Mn jam 11:00 PM 15 komen


Amboii, kemain lagi panjang tajuk tu. Nak bagi faham punya pasal. Hahaa. Rasanya dalam minggu lepas kot, tiba² blogspot buat rombakan lagi. I like. Mommy Pinky kan memang suka explore benda² baru ni. Lagi pun biasanya benda baru ni makin bertambah baik, makin memudahkan kita. So, jangan pening² jom tengok cara nak cari kod dengan mudah.

Ok, Mommy Pinky akan buat contoh guna Tutorial Reply Komen
Dalam tutorial tu, kita perlu cari kod

<b:include data='comment' name='commentDeleteIcon'/>

Kalau ikut cara lama, kita perlu tick kotak Expand Widget Templates kan?
Lepas tu lihat keyboard laptop/pc, kena tekan key Ctrl dan key F serentak.
Untuk pengguna Mozilla Firefox, korang akan nampak imej ni 

Masukkan kod di ruang sebelah find, klik Next.
Ini cara lama, dah tak boleh guna dah.

Haaa, ni cara baru ye!
Tak perlu tick kotak Expand Widget Templates sebab memang dah tak wujud dah pun kotak tu. Ke masih ada, Mommy Pinky yang tak jumpa? :D
Ok, lepas tu lihat keyboard laptop/pc, kena tekan key Ctrl dan key F serentak.

Eh,sama je cara? Mommy Pinky tipu, dah cuba tak jadi pun!

Haisyh, memang sama je caranya. CUMA!! Sebelum tekan key Ctrl dan key F serentak, kita perlu klik dahulu dalam kotak kod.
Ada faham? Heheee.
Lepas tu tekan key ENTER
Terus dia akan pergi ke kod yang kita masukkan dalam bahagian search tu. Tak perlu susah² nak Expand dulu pun. Automatik dia expand sendiri. Best tak?
Ni contoh gambar. Boleh klik kalau nak nampak lebih clear.


Selamat Mencuba.
Kredit

p/s: Jom singgah blogshop Mommy Pinky di MyKawaiiStore kalau anda peminat kurung moden. Jom la. Jom. Jom :)





Dah habis baca ke? Jangan lupa tinggal komen ◕‿◕



Mari mandi awal pagi

ditaip Zana Mn jam 11:59 PM 7 komen

Awal pagi ni maksudnya sebelum Subuh ye. Bukan pukul 6, pukul 7 tu. Haa..ada yang rajin buat tak? Kalau dulu, masa aku duduk rumah makcik, memang rajin la sebab kena kongsi bilik air. Kalau lambat bangun, memang pengsan nak tunggu giliran. Maklum la, yang guna bilik air tu semua perempuan, sorang² ambik masa sampai 15 ke 20 minit.  Tak yah cakap orang lain la. Aku pun sama je. 15 minit tu kira habis pantas la. Hahaaa.


Kalau ada orang sediakan mandi macam ni tiap pagi, syoknya. 
Macam masa pantang, mandi pun ada letak limau nipis. Hhehee. Beranganla kau.

Tapi sejak dah ada baby ni macam dah lama giler tak buat kot. Sebab susah bangun awal. Ngee. Hari ni ternampak la pulak orang share pasal kebaikan mandi awal. Wah² banyak betul kebaikan. Aku tau satu je dulu. Sapa rajin mandi awal pagi boleh kurus tau. Wakaka. Ntah sape la yang beritahu aku macam tu dah tak ingat. Tak tau la betul ke tak. Bila dengar bab kurus ni cepat je kan nak ikut. Apa pun, mandi awal pagi sebelum solat Subuh ni memang antara amalan Rasululah SAW. So, mestila banyak faedah dia kan. Antara manfaat yang aku nak kongsi kat sini:

Melancarkan peredaran darah
Senang je nak tengok kesan kalau peredaran darah kita tak lancar. Kita akan senang letih, lesu, atau tak bermaya. Lembik je nampak. Kalau peredaran darah lancar, badan akan lebih sihat dan bertenaga.

Kulit lebih lembut dan halus
Wah² bestnya. Lagi best sebab boleh kurangkan lingkaran gelap bawah mata. Kuku pun akan lebih sihat, kuat dan tak mudah retak.

Meningkatkan kesuburan
Tubuh badan manusia akan mendapat reaksi yang positif apabila mandi pada waktu pagi. Justeru, dapat meningkatkan hormon testosteron pada lelaki dan hormon estrogen untuk wanita.

Mengurangkan risiko darah tinggi
Insyaallah jika diamalkan selalu, risiko untuk mendapat penyakit ini akan berkurangan. Jangan lupa diiringi doa juga.

Mengurangkan tekanan serta tenang
Air yang sejuk akan melancarkan kembali peredaran darah setelah lama berbaring. Buat yang mengalami depresi, inilah cara yang terbaik untuk menghilangkannya.

Meningkatkan sel darah putih
Mandi dengan air sejuk akan meningkatkan sel darah putih. Apabila sel darah putih banyak maka daya tahan tubuh terhadap penyakit pun meningkat.

Ok, bestkan? Jom kita mandi awal esok. Kalau terbangun la. Haha






Dah habis baca ke? Jangan lupa tinggal komen ◕‿◕



 

Copyright © 2017 Formula Pikat Suami | Hannah Marketing (002548446-P). All rights reserved | Sign in, Design